Kisah Kejayaan
Pandan Buskers
PI Pandan Buskers merupakan sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada 6 orang ahli PI Kpg Pandan. PI Pandan Buskers sekarang menjadi kebanggaan penduduk Kpg Pandan dan PI Kpg Pandan itu sendiri.
Sebelum wujud PI Kpg Pandan, mereka merupakan sekumpulan belia yang tidak pernah menyentuh alat muzik terutamanya gitar. Setelah selalu pergi ke PI Kpg Pandan, dua orang daripada mereka belajar bermain alat muzik daripada Pengurus PI Kpg Pandan dan menggunakan Youtube.
Kesemua ahli PI Pandan Buskers merupakan ahli PI Kpg Pandan yang aktif dan selalu mengikuti kelas ICT yang diadakan di PI Kpg Pandan. Mereka menggunakan kemudahan internet untuk mencari kord gitar dan memantapkan skill bermain muzik. Selain bantuan Pengurus/ Penolong Pengurus PI, mereka juga menggunakan sebaik-baiknya internet untuk mencari bahan atau lagu baru yang boleh dijadikan lagu untuk mereka membuat persembahan.
Hasil dari bantuan staff PI Kg Pandan, mereka berjaya menghasilkan akaun Youtube sendiri untuk memuat naik video persembahan mereka selain menggunaan Facebook untuk mempromosi PI Pandan Buskers. Dalam masa yang sama, mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai majlis, antaranya, Pelancaran Komuniti Pintar di Kg Pandan, Majlis Pecah Tanah Medan Selera bersama artis jemputan Ayai Ilusi, Majlis Pecah Tanah di Tebingan Sungai Lundu di mana Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem turut menyanyi lagu kegemaran beliau “The Young One” yang diiringi oleh PI Pandan Buskers. Selain itu, mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di booth Belia pada Pesta Lundu 2016 selain telah diinterview oleh wartawan untuk majalah MCMC (dot)myConvergence.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Fauzi Bin Saree
Ahmad Fauzi Bin Saree merupakan seorang pelajar tingkatan 4 di SMK Lundu. Beliau sangat meminati aktiviti perniagaan kecil-kecilan bagi mendapat pendapatan sampingan. Beliau akan menjual burger pada sebelah petang. Sebelum melibatkan diri dengan PI, beliau membuat burger biasa yang dibuat seperti peniaga-peniaga lain. Menu yang dipaparkan hanya menu bertulis menggunakan tangan sahaja.
Melalui penglibatan ke Pusat Internet 1 Malaysia, beliau telah menggunakan sebaik-baiknya kemudahan internet di PI dan merujuk Youtube untuk menghasilkan burger yang terbaik. Dengan bantuan staff PI Kg Pandan, beliau kini mahir menaip dan mampu membuat design untuk menu burger beliau sendiri supaya senang dibaca selain menarik perhatian pelanggan.
Hasil mengikuti kelas keusahawanan yang telah dijalankan oleh staff PI Kg Pandan, perniagaan beliau juga bertambah kepada menjual Keychain yang diperbuat daripada polymer clay. Beliau erhasrat menghasilkan lebih banyak lagi keychain menarik dan menjual bukan sahaja kepada rakan di sekolah, tapi lebih meluas.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Coconut Shake
Mohamad. Izzanie Bin Ahmad Jais merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 di SMK Lundu. Di awal pembukaan Pusat Internet Kg Pandan dibuka, beliau terus menjadi ahli PI malah beliau sering berkunjung ke PI Kg Pandan untuk menggunakan perkhidmatan seperti online, fotokopi, mencetak selain mengikuti kelas seperti kelas ICT dan keusahawanan.
Pada permulaan, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Setelah mengikuti beberapa kelas usahawan dan ICT, beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan coconut shake kerana ia sesuatu yang baru di daerah Lundu. Beliau banyak belajar membuat coconut shake melalui Youtube dan internet. Beliau mula berniaga coconut shake semasa Hari Terbuka PI Telaga Air dan mendapati ia mendapat sambutan. Selepas itu beliau mula menjual secara kecil-kecilan dan turut serta menjual coconut shake PI Kpg Pandan semasa terdapat program-program keramaian sekitar daerah Lundu.
Dengan menggunakan kemudahan wifi percuma, beliau banyak mendapat ilmu dan maklumat-maklumat bagaimana untuk memasarkan dan mempromosikan produk coconut shake ini. Selain itu, internet juga menjadi sebagai medium rujukan untuk memperbaiki dan memperbaharui rasa coconut shake yang beliau jual tersebut. Selain itu, beliau telah mendapat tempahan sebanyak 1000 biji kelapa untuk membuat coconut shake semasa Program Hari Komuniti di Homestay Tuan Haji Bujang dan beliau juga telah diinterview oleh wartawan RTM dan telah disiarkan dalam Berita Wilayah di TV1.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Faridzwan
Mohd Faridzwan merupakan pelajar yang berumur 8 tahun. Beliau merupakan seorang ahli PI Kpg Pandan yang sangat aktif dan sentiasa menghadiri setiap program yang di anjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia. Beliau membuat kerja rumah di PI Kpg Pandan untuk mendapat tunjuk ajar staff PI Kpg Pandan selain menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi memudahkan beliau menyelesaikan kerja rumah. Beliau seorang yang pintar dan selalu mendapat tempat terbaik di dalam kelas.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan terhadap PI Kpg Pandan, beliau seorang yang tidak mempunyai kemahiran ICT. Beliau merupakan salah seorang ahli yang terawal mengikuti kelas-kelas ICT yng diadakan di PI Kpg Pandan. Hal ini kerana beliau ingin mengambil peluang kelas percuma kerana sebelum ini tidak berpeluang mempelajari komputer kerana tidak memiliki komputer di rumah.
Melalui kelas ICT yang diadakan di PI Kpg Pandan, beliau sering menunjukkan peningkatan dan semakin mahir menggunakan ICT. Sekarang beliau membuat kerja rumah dan rujukan melalui kemudahan internet di PI Kpg Pandan. Beliau juga seorang yang pintar dan bijak menggunakan kemudahan yang disediakan. Mohd Faridzwan juga membuat latih tubi untuk persediaan ujian bulanan dan tahunan menggunakan internet sebagai rujukan dan mencari bank soalan. Selain meningkat dalam pelajaran, beliau juga menjadi seorang yang lebih yakin kepada diri sendiri setelah menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh PI Kg Pandan. Beliau tidak lagi malu untuk bercakap di khalayak rami dan ini merupakan perkembangan positif yang sangat baik untuk masa depan beliau.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Natasha
Nur Natasha merupakan salah seorang volunteer bagi PI Kpg Pandan yang selalu mengikuti kursus dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI Kpg Pandan. Sangat meminati bidang perniagaan dan keusahawanan.
Sebelum ini, beliau berniaga secara kecil kecilan, di booth bazaar ramadhan menjual biskut raya, kurma, dan burger tapak Open Air. Label dan senarai menu yang dipaparkan untuk pelanggannya adalah menggunakan tulisan tangan sahaja.
Melalui penglibatan ke Pusat Internet 1 Malaysia, Beliau menggunakan sebaik-baiknya kemudahan internet di PI dan belajar ICT dan Keusahawanan. Dengan bantuan staff PI Kg Pandan, beliau telah belajar cara membuat banner dan senarai menu menggunakan Microsoft Office. Hal ini banyak meningkatkan perniagaan beliau selain kini beliau mempunyai banner untuk gerai beliau sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siti Hajar Binti Subhi
Siti Hajar Binti Subhi merupakan pelajar yang berumur 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Beliau merupakan seorang ahli PI Kpg Pandan yang sangat aktif dan sentiasa menghadiri setiap program yang di anjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia. Beliau membuat kerja rumah di PI Kpg Pandan untuk mendapat tunjuk ajar staff PI Kpg Pandan selain menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi memudahkan beliau menyelesaikan kerja rumah. Beliau seorang yang pintar dan selalu mendapat tempat terbaik di dalam kelas. Siti Hajar juga merupakan salah seorang ahli PI Pandan Buskers.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan terhadap PI Kpg Pandan, beliau seorang yang tidak mempunyai kemahiran ICT. Beliau merupakan salah seorang ahli yang terawal mengikuti kelas-kelas ICT yng diadakan di PI Kpg Pandan. Hal ini kerana beliau ingin mengambil peluang kelas percuma kerana sebelum ini tidak berpeluang mempelajari komputer kerana tidak memiliki komputer di rumah.
Melalui kelas ICT yang diadakan di PI Kpg Pandan, beliau sering menunjukkan peningkatan dan semakin mahir menggunakan ICT. Sekarang beliau membuat kerja rumah dan rujukan melalui kemudahan internet di PI Kpg Pandan. Beliau juga seorang yang pintar dan bijak menggunakan kemudahan yang disediakan. Siti Hajar juga membuat latih tubi untuk persediaan UPSR menggunakan internet sebagai rujukan dan mencari bank soalan. Selain meningkat dalam pelajaran, beliau juga menjadi seorang yang lebih yakin kepada diri sendiri setelah menyertai PI Pandan Buskers. Beliau tidak lagi malu untuk bercakap di khalayak rami dan ini merupakan perkembangan positif yang sangat baik untuk masa depan beliau.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Homestay Tuan Haji Bujang
Tuan Haji Bujang merupakan seorang usahawan yang bergiat dalam perniagaan membuka restoran, catering, dan mempunyai homestay di daerah Lundu. Sebelum penglibatan beliau dalam PI Kpg Pandan, homestay beliau tidak begitu dikenali kerana bertempat kira-kira 12 kilometer daripada Pekan Lundu. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai facebook atau blog untuk mempromosikan Homestay beliau.
Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang dibuat oleh staff PI Kpg pandan, beliau mendapat bimbingan untuk membuat facebook untuk tujuan promosi. Staff PI Kpg Pandan membimbing beliau untuk mengendalikan facebook dan bagaimana untuk menerima tempahan melalui facebook. Selepas facebook beliau dihasilkan, tempahan homestay beliau semakin meningkat dan persatuan-persatuan juga semakin ramai menggunakan khidmat homestay beliau untuk menjalankan program-program kerana tempat yang strategic dan luas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Firdaus
Mohd Firdaus merupakan pelajar darjah dua di Sk Siar Campuran. Beliau merupakan salah seorang ahli PI Kpg Pandan yang sangat aktif dan sering mengikuti kelas yang diadakan di PI Kpg Pandan. Seorang pelajar yang sangat pintar dan aktif dalam sukan.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan terhadap PI Kpg Pandan, beliau seorang yang tidak mempunyai kemahiran ICT. Beliau merupakan salah seorang ahli yang terawal mengikuti kelas-kelas ICT yng diadakan di PI Kpg Pandan. Hal ini kerana beliau ingin mengambil peluang kelas percuma kerana sebelum ini tidak berpeluang mempelajari komputer kerana tidak memiliki komputer di rumah.
Melalui kelas ICT yang diadakan di PI Kpg Pandan, beliau sering menunjukkan peningkatan dan semakin mahir menggunakan ICT. Sekarang beliau sering membantu rakan yang lain samada dalam menggunakan Microsoct Office dan internet. Beliau mempunyai penerimaan yang sangat cepat dan mudah untuk mahir dalam ICT.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
En Mohd Raffi Bin Saree
En Mohd Raffi Bin Saree merupakan volunteer dan belia Kampung Pandan yang sangat aktif di PI Kg Pandan. Beliau menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan ini telah diusahakan oleh beliau dan bapanya selama 2 tahun bermula dari tahun 2014 namun kurang mendapat sambutan.
Sebelum pengelibatan En Raffi di Pusat Internet, Beliau hanya bergntung kepada pendapatan laut ( nelayan ) dengan pendapatan RM 200 - RM 300. Beliau juga kurang pengetahuan mengenai cara mempromosikan perkhidmatan selain kurang mengetahui cabang internet dan ICT.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pandan, beliau kini tahu cara mempromosikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan kini beliau telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka memerlukan perkhidmatan pengangkutan di sekitar Lundu, Kuching, Sri Aman dan Lubuk Antu melalui facebook tersebut. Selain itu, perkhidmatan beliau juga dipilih sebagai pengangkutan rasmi PI Pandan Buskers. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 700- RM 800.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cik Norshilla Binti Latep
Cik Norshilla Binti Latep baru sahaja terlibat dengan keusahawanan pada tahun 2016. Beliau mendapat ilham untuk membuka perniagaan setelah mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang disediakan di PI Kg Pandan iaitu membuat totebag dan bantal.
Sebelum pengelibatan cik Norshilla di Pusat Internet, beliau hanya bergntung kepada pendapatan bekerja di Agrotek Rockview dengan pendapatan RM700 sebulan. Beliau tidak sedar akan potensi beliau dalam bidang pembuatan craft sehingga beliau mengikuti beberapa kelas sehingga timbul minat untuk beliau berniaga.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pandan, beliau kini telah memiliki facebook dan like page sendiri iaitu PI Pandan Craft yang dapat mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan. Pelanggan beliau dari kalangan penduduk tempatan dari pelbagai Daerah dan Negeri yang terdiri daripada peminat produk handmade di seluruh Malaysia melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 900- RM 1000