Bengkel Animasi Komputer dan Keusahawanan
21 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 17-20 Mei 2016, Universiti Malaysia Sarawak bersama-sama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan, Lundu dan Sematan telah mengadakan Bengkel Animasi Komputer dan Keusahawanan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 21 Peserta terdiri daripada ahli PI Kpg Pandan, PI Lundu dan PI Sematan. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan penghulu dan imam masjid untuk menggunakan kemudahan ICT bagi memudahkan dan melancarkan kerja imam-imam sekitar Lundu.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat animasi menggunakan Microsoft Powerpoint 2013 dan Powtoon
- • Menggunakan pengetahuan membuat animasi dalam kehidupan seharian
- • Menggunakan animasi untuk mempromosikan perniagaan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Pengenalan kepada bengkel Animasi dan keusahawanan
- • Menunjukkan aplikasi-aplikasi mudah yang digunakan dalam membuat video animasi
- • Mengajar membuat animasi menggunakan Microsoft Powerpoint
- • Pertandingan membuat animasi menggunakan Microsoft Powerpoint
- • Mengajar membuat animasi menggunakan Powtoon
- • Pertandingan membuat animasi menggunakan Powtoon
- • Membuat projek animasi dan pertandingan
- • Persembahan animasi beserta penerangan
- • Penyampaian Hadiah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: