Bengkel Aplikasi & Robotic
16 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 -15 Mei 2016, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Stungkor Baru, Kg Pandan, Lundu dan Sematan telah mengadakan bengkel aplikasi dan robotic bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Stungkor Baru. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai 63 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru pengiring dari SMK Lundu dan SMK Sematan. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembuatan lego (robotic) dan memperkenalkan perisian Mindstorms yang boleh digunakan untuk menggerakkan lego tersebut. Selain itu, menerapkan minat dan pengetahuan terhadap dunia robotic pada peringkat pelajar sekolah serta memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi android yang bole dibangunkan sendiri dengan menggunakan perisian iaitu perisian MIT.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Robotik ( Lego )
- - Menjadikan peserta rajin berfikir saat membina permainan lego yang dipasang.
- - Sekaligus menjadikan peserta lebih kreatif dalam pemasangan lego.
- • Aplikasi
- - Aplikasi yang lengkap.
- - Apliksai tanpa virus.
- - Bantuan teknikal jika ada kerosakkan pada aplikasi.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Robotic - Memastikan peserta dapat memasang lego dengan betul dan tepat.
- • Aplikasi - Memastikan peserta dapat memahami tentang apa itu aplikasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: