Seminar Transformasi Usahawan Jalur Lebar 2016
27 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2016, Pusat Internet Kpg Pandan bersama-sama Pusat Internet Stungkor Baru, Lundu dan Sematan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama-sama Pejabat Daerah Lundu telah menganjurkan Seminar Transformasi Usahawan Jalur Lebar 2016 bertempat di Dewan Masyarakat Daerah Lundu. Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 213 orang dari kalangan Komuniti sekitar Daerah Lundu. Latihan ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan semangat untuk usahawan tempatan berubah daripada perniagaan offline menjadi online.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
Memberi pendedahan kepada usahawan tempatan untuk memajukan bisnes yang sedia ada.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- 1. Perkongsian daripada penceramah dan usahawan berjaya
- 2. ceramah dan sesi soal jawab kepada agensi-agensi yang membantu usahawan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: