Bengkel Videografi dan Keusahawanan Bersama UNIMAS
14 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 10 – 13 Mei 2016, Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Lundu, Kg Pandan dan Sematan telah mengadakan bengkel videografi dan keusahawanan bersama UNIMAS bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Lundu. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai 22 orang peserta yang terdiri daripada staff dan ahli PI Kpg Pandan, PI Sematan dan PI Lundu. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta tentang bagaimana untuk menghasilkan video yang menarik dan berkualiti.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Membolehkan peserta menghasilkan video dengan baik dan kreatif
- • Sebagai peluang untuk peserta menunjukkan bakat mencipta video dengan baik
- • Sebagai permulaan bagi peserta menghasilkan video-video bagi mempromosikan perniagaan atau mempromosikan Lundu
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Pengenalan kepada bengkel Video dan Keusahawanan
- • Penerangan berkenaan proses membuat video
- • Belajar asas mengambil video
- • Tatacara membuat storyboard sebelum menghasilkan video
- • Penerangan menggunakan Movie Maker
- • Peserta diberi masa untuk keluar membuat pengambaran video
- • Peserta diminta untuk mempersembahkan dan menerangkan berkenaan video yang telah dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: