Adobe Photoshop Logo
25 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2016, Pusat Internet Kpg Pandan, Lundu dan Sematan telah mengadakan kelas membuat logo menggunakan Adobe Photoshop bertempat di Bilik Latihan PI Lundu. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri dari belia dari komuniti sekitar kawasan Lundu. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan untuk menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat logo.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- 1. Membuat logo dengan betul dan menggunakan software yang terbaik.
- 2. Penghasilan logo boleh diterapkan dalam bisnes yang ingin diceburi peserta.
- 3. Peserta boleh menjadikan kemahiran membuat logo sebagai cabang mencari duit sampingan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- 1. Penerangan terhadap Adobe Photoshop
- 2. Membuat latihan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: