Instant Messaging Through Electronic Devices bersama Politeknik Kuching
10 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mei 2016, Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu dan Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan bengkel Instant Messaging Through Electronic Devices bersama Politeknik Kuching Sarawak bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai 41 peserta terdiri daripada Ketua Kampung di sekitar Daerah Lundu. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan semua penghulu dan ketua kampung mahir menggunakan akaun Google dan Whatsapp bagi memudahkan perbincangan dan berkomunikasi sesama mereka.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Memastikan semua penghulu dan ketua kampung sekitar Lundu mahir menggunakan Google Mail dan Whatsapp.
- • Penghulu dan ketua kampung yang lebih produktif dan maju ke hadapan
- • Memudahkan untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain serta memudahkan urusan kerja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- A. Penggunaan Google Mail
- • Sign up akaun Google.com
- • Pengenalan dan penggunaan akaun Google Mail melalui computer
- • Cetak maklumat yang diterima melalui Google Mail
- • Install aplikasi Google Mail ke telefon bimbit
- • Install Adobe Acrobat ke telefon bimbit
- • Penggunaan Google Mail
- • Download Attachment
- B. E-communication
- • Install whatsapp
- • Pengenalan whatsapp
- • Muatnaik Gambar ke Whatsapp
- • Komunikasi melalui whatsapp
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: