Pengenalan kepada Doodle
24 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2016, Pusat Internet Kpg Pandan telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Doodle bertempat di Pusat Internet Kpg Pandan Lundu. Kelas ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang telah disertai oleh 9 orang dari kalangan belia Kampung Pandan. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan doodle yang boleh dijadikan hasil seni untuk tujuan perniagaan
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
Pendedahan kepada peserta supaya lebih kreatif dan belajar untuk menghasilkan pendapatan sampingan melalui hasil seni seperti doodle dan lain-lain.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Membuka Pinterest untuk melihat contoh-contoh doodle yang menarik
- • Pengajar memberikan penerangan berkenaan doodle
- • Peserta membuat doodle
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: