Membuat Animasi Mudah Menggunakan Microsoft Powerpoint 2013
29 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan telah mengadakan kelas Ulangkaji ICT Class ( Microsoft Word ) dan Membuat Animasi mudah menggunakan Microsoft Powerpoint bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 11 peserta terdiri daripada belia Kampung Pandan. Bengkel ini bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas dan mengingat semula pelajaran yang lepas dan belajar membuat animasi mudah menggunakan Microsoft Powerpoint
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Supaya pelajar sentiasa mengingati pelajaran yang di pelajari di PI Kpg Pandan
- • Membuat Animasi mudah menggunakan Microsoft Powerpoint 2013
- • Mendedahkan pelajar untuk menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat animasi mudah
- • Menggunakan animasi mudah untuk membuat video yang kreatif
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Membuat storyboard untuk jalan cerita animasi
- • Upload gambar-gambar yang bersesuaian ke dalam Microsoft Powerpoint untuk membuat animasi lebih menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: