Bengkel Usahawan ( Wau Tradisional )
3 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 1 – 2 Mei 2016, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah menyertai bengkel usahawan membuat wau tradisional bertempat di Dewan Pakma, SMK Lundu. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 25 orang dari kalangan tiga bangsa berbeza Melayu, Cina dan Iban. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat terhadap seni membuat wau tradisional yang kian pudar dalam kalangan belia.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- • Sebagai aktiviti yang sihat untuk ahli PI Kpg Pandan
- • Memupuk minat terhadap seni membuat wau tradisional yang kian pudar dalam kalangan belia
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- • Belajar melukis pada wau tradisional
- • Belajar menyobek wau
- • Belajar keseluruhan proses membuat wau tradisional
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: