Hari Terbuka PI Kg Pandan Dan Pertandingan Layang-layang
30 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pandan dan Pertandingan Layang-layang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pandan, Dewan Masyarakat Kampung Pandan dan Pantai Pandan. Hari terbuka ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan mengadakan hari terbuka ini adalah untuk memperkenalkan Kewujudan Pusat Internet Kepada Komuniti setempat dan luar, di samping itu dapat merapatkan hubungan komuniti setempat dengan Pusat Internet Kampung Pandan. Selain itu hari terbuka ini bertujuan untuk mendedahkan serba sedikit tentang fungsi dan program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet. Pusat Internet Kampung Pandan juga mengadakan promosi kepada penduduk setempat dan sekitar yang belum mendaftar sebagai ahli untuk mendaftar secara percuma pada hari tersebut.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
1. Aktiviti seperti ini memperluaskan dan membolehkan masyarakat setempat lebih mengenali Pusat Internet 1 Malaysia Kpg Pandan
2. Menambah ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kpg Pandan lantas memantapkan lagi fungsi dan peranan PI kepada masyarakat setempat.
3. Merapatkan hubungan staff PI Kpg Pandan dan komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari terbuka tersebut:
• Gotong-royong sekitar Pusat Internet Kampung Pandan dan Dewan Masyakat Kampung Pandan.
• Program Klik dengan Bijak, KDB games di Dewan Masyarakat Kampung Pandan.
• Pertandingan Layang-layang di Pantai Pandan.
• Autoshow oleh Kelab Kereta Lama (Oldskoolerz)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: