Kelas Keusahawanan (Penggunaan Microsoft Publisher 2013 Untuk Membuat Kad Perniagaan Dan Risalah)
23 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Keusahawanan bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan, Peserta diajar membuat kad perniagaan dan risalah dengan menggunakan Microsoft Publisher 2013. Kelas ini bermula pada jam 2.15 petang sehingga 3.45 petang yang telah disertai oleh 2 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Stunggang Lundu. Kelas keusahawanan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta kaedah menggunakan perisian Microsoft Publisher 2013 untuk membuat kad perniaagan dan risalah perniagaan untuk membantu didalam perniagaan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Publisher 2013 untuk tujuan pengiklanan perniagaan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Menggunakan Microsoft Publisher 2013 untuk membuat kad bisnes yang menarik.
•Menggunakan Microsoft Publisher 2013 untuk membuat risalah yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: