Membuat Keychain menggunakan Polymer Clay
13 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2016, Pusat Internet Kpg Pandan telah mengadakan kelas Membuat Keychain menggunakan Polymer Clay bertempat di Pusat Internet Kpg Pandan Lundu. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang telah disertai oleh 12 orang dari kalangan belia Kampung Pandan. Bengkel ini bertujuan untuk permulaan bagi menambah produk untuk PI Pandan Craft.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Sebagai pendapatan sampingan kepada peserta yang ingin menyertai PI Pandan craft.
- Memupuk semangat mencari pendapatan samping di usia yang muda kepada peserta
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Menggunakan Polymer clay untuk membuat keychain dengan merujuk Pinterest
- Merujuk Youtube untuk membuat keychain yang menarik
- Membentuk polymer clay dan menghasilkan keychain yang menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: