Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint 2013 Dan Klik Dengan Bijak
5 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 4 julai 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint 2013 dan Klik dengan Bijak bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang telah disertai oleh 12 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Pandan yang berusia 14 tahun dan kebawah. Kelas Microsoft Powerpoint 2013 dan Klik dengan Bijak ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan memberi kesedaran kepada peserta mengenai kempen Klik dengan bijak.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Powerpoint 2013 untuk tujuan harian dan pembelajaran.
•Pemahaman berkenaan Klik Dengan Bijak
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Pengenalan Microsoft Powerpoint 2013 (fungsi Microsoft Powerpoint)-sambungan
•Insert gambar, insert audio ke dalam slide presentation dan menyusun animation pada slide presentation dengan teratur.
•Membuat latihan yang disediakan.
•Kuiz Klik dengan Bijak – sambungan Kelas Klik Dengan Bijak (Matlamat Klik Dengan Bijak,Oversharing,Maklumat yang betul,Pembuli Online dan Penipuan Kewangan Siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: