Pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 Part 1
26 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 julai 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Pertandingan ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 9 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Sekitar yang berusia 14 tahun dan kebawah. Pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pengusaan pelajar terhadap penggunaan perisian Microsoft Powerpoint 2013 dan memberi peluang kepada pelajar membuat slide presentation Klik Dengan Bijak yang menarik.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian.Microsoft Powerpoint 2013 untuk tujuan harian dan pembelajaran.
•Melihat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang diberikan pada kelas yang lepas.
•Meningkatkan pemahaman peserta mengenai kempen Klik Dengan Bijak.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Setiap kelas diberikan kepada 3 kumpulan (3 orang setiap kumpulan)
•Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang bagi menghasilkan slide pembentangan yang kreatif dan menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: