Pengenalan Kepada Microsoft Publisher 2013 (Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri)
13 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 12 julai 2015, sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas membuat kad ucapan hari raya aidilfitri dengan memnggunakan perisian Microsoft Publiser 2013 yang bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang telah dihadiri oleh 4 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Pandan yang berusia 14 tahun dan kebawah. Kelas ini bertujaan untuk mengajar para peserta kaedah penggunaan perisian Microsoft Publisher 2013.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan Microsoft Publisher 2013
•Meningkatkan daya kretiviti dikalangan para peserta melalui kad ucapan tersebut
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Pengenalan Microsoft Publisher 2013
•Fungsi setiap ribbon tool yang terdapat pada Microsoft Publisher 2013. (file, home, insert.)
•Membuat latihan yang disediakan.
•Menyiapkan kad ucapan hari raya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: