Latihan E-learning (Up-to-ten) Untuk Kanak-kanak Bawah 10 Tahun
12 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 11 julai 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan latihan E-learning (up-to-ten) untuk kanak-kanak bawah 10 tahun bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Latihan ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang telah disertai oleh 3 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Pandan. Latihan ini bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak menggunakan kompenon computer seperti tetikus dan papan kekunci selain untuk menguji kemahiran peserta menyelesaikan puzzle KDB.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Memperkenalkan komponen utama komputer kepada pelajar.
•Melatih pelajar menggunakan tetikus dan aplikasi computer
•Menguji kemahiran pelajar menyiapkan puzzle
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Penerangan tentang komputer dan komponen utamanya.
•Perkongsian nasihat dan tips melayari internet.
•Aktiviti puzzle online. (http://www.uptoten.com)
•Membuat puzzle Klik Dengan Bijak menggunakan aplikasi Jigsaw Galore
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: