Kelas ICT-Fungsi Perkakasan Komputer & Klik Dengan Bijak

28 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dan Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari Jumaat, 27 Januari 2023. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pengguna terutamanya pelajar sekolah rendah tentang fungsi setiap perkakasan komputer. Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah.

Dalam kelas berikut staf PEDi menerangkan beberapa jenis perkakasan komputer yang sering diguna pakai seperti tetikus, CPU, papan kekunci dan sebagainya beserta fungsi masing-masing. Seterusnya, para pelajar dibimbing untuk menjawab kuiz fungsi komponen komputer dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Setelah selesai kelas ICT, staf PEDi kemudian mengadakan advokasi Klik Dengan Bijak dengan tajuk buli siber. Semua pengguna dipertontonkan dengan video advokasi tersebut. Staf PEDi turut menjelaskan kesan buli siber terhadap mangsa buli dan cara mengatasi buli siber daripada berlaku. Kelas dan advokasi tersebut tamat paa pukul 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali