Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Kuching Siri 1/2023 di Kampung Biawak Lundu

29 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Kuching Siri 1/2023 bertempat di Kampung Biawak Lundu merupakan program anjuran Majlis Pembangunan Sosial Sarawak. Program ini diadakan dari 27 Januari 2023 sehingga 29 Januari 2023 di Dewan Serbaguna Kg Biawak, Lundu. Program ini merupakan program outreach bersepadu yang mensasarkan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Program tersebut melibatkan kerjasama dari pelbagai jabatan, agensi dan NGO.

PEDi Kg Pandan telah bekerjasama dengan pihak PEDi Kluster Lundu yang terdiri daripada PEDi Lundu, PEDi Kg Biawak, PEDi Kg Stungkor Baru, PEDi Kg Sampadi dan PEDi Kg Tanah Hitam dalam menjayakan program tersebut. PEDi Kluster Lundu telah menyediakan Booth Klik Dengan Bijak sepanjang program tersebut berlangsung. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di Booth Klik Dengan Bijak, antaranya adalah Kuiz Klik Dengan Bijak, jualan produk usahawan tempatan, pendaftaran ahli PEDi, cabutan tiket bertuah dan ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua pengunjung berasa teruja untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali