Program Celik IT & Asas Keusahawanan

26 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Program Celik IT dan Asas Keusahawanan ini diadakan pada hari Sabtu, 25 Mac 2023. Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama PEDi Kluster Lundu bersama dengan Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu. Program ini dijalankan serentak di empat buah Pusat Ekonomi Digital di kawasan N3 Tanjong Datu yang terdiri daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Lundu, PEDi Kg Sampadi dan PEDi Kg Tanah Hitam.

Program Celik IT dan Asas Keusahawanan diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan kepada komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur tentang cara penulisan surat rasmi mengikut format yang tepat. Program tersebut turut mengetengahkan tentang asas keusahawanan untuk membantu komuniti memahami tentang asas dalam keusahawanan.

Program yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung bermula dari pukul 9.30 pagi ini disertai oleh 9 orang komuniti setempat yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung, pelajar dan usahawan. Terdapat tiga slot pengisian program iaitu slot 1 dimulakan dengan advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Penipuan Kewangan. Dalam slot tersebut, staf PEDi menjelaskan tentang contoh-contoh penipuan kewangan seperti Scam, Pishing dan Keldai Wang. Setelah itu, slot kedua diteruskan dengan bimbingan secara praktikal tentang penulisan surat rasmi. Setiap peserta dikehendaki untuk menaip surat rasmi mengikut format yang betul. Selain itu, staf PEDi turut menjelaskan tentang contoh-contoh surat rasmi seperti surat permohonan bantuan pendidikan, bantuan perniagaan dan permohonan sumbangan. Slot yang terakhir adalah asas keusahawanan bersama Rakan Digital. Dalam slot tersebut, para peserta dijelaskan tentang keusahawanan. Para peserta turut dibimbing tentang cara pendaftaran akaun Shopee Seller Centre. Pada akhir program, para peserta menerima sijil penghargaan dari pihak PEDi. Pihak PEDi beserta Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu berharap program tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta. Program tersebut tamat pada pukul 1.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali