Kursus Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Halal
20 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniKursus Pengenalan Halal dan Tatacara Permohonan Halal ini diadakan pada hari Ahad, 19 Mac 2023. Kursus ini merupakan kerjasama antara PEDi Kg Pandan bersama NZ Bunga Venture. Kursus kali ini, iaitu kursus pengenalan dan tatacara permohonan halal merupakan kesinambungan kursus pengenalan Halal sebelum ini. Kursus ini menyasarkan para usahawan dalam bidang penyediaan makanan. Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan bimbingan kepada usahawan tentang pengenalan halal, tatacara yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan halal dan tentang tatacara membuat permohonan Halal.
Kursus yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama dua jam setengah bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 8 orang usahawan setempat. Dalam kursus tersebut, para usahawan didedahkan tentang pengenalan Halal. Usahawan turut didedahkan tentang undang-undang berkaitan Halal dan pihak berkuasa yang berwibawa dalam perakuan Halal iaitu JAKIM dan JAIS. Pengajar turut mengetengahkan tentang ciri-ciri yang terdapat pada logo Halal palsu. Seterusnya, pengajar menjelaskan tentang cara penyediaan makanan halal. Pengajar turut menyatakan kelebihan Halal dalam industri. Para usahawan turut dibimbing tentang tatacara untuk membuat permohonan sijil Halal oleh pengajar. Kursus tersebut tamat pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: