Kursus Pengenalan Halal & Penyediaan Makanan Halal

20 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Kursus Pengenalan Halal dan Penyediaan Makanan Halal ini diadakan pada hari Ahad, 19 Februari 2023. Kursus ini merupakan kerjasama antara PEDi Kg Pandan bersama NZ Bunga Venture. Kursus kali ini, iaitu kursus pengenalan dan penyediaan makanan halal merupakan kursus siri pertama yang diadakan melibatkan kerjasama Pusat Ekonomi Digital. Kursus ini menyasarkan para usahawan dalam bidang penyediaan makanan. Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan bimbingan kepada usahawan tentang pengenalan halal dan tatacara yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan halal.

Kursus yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama dua jam setengah bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 12 orang usahawan setempat. Dalam kursus tersebut, para usahawan didedahkan tentang pengenalan Halal. Usahawan turut didedahkan tentang undang-undang berkaitan Halal dan pihak berkuasa yang berwibawa dalam perakuan Halal iaitu JAKIM dan JAIS. Penceramah turut mengetengahkan tentang ciri-ciri yang terdapat pada logo Halal palsu. Seterusnya, penceramah menjelaskan tentang cara penyediaan makanan halal. Penceramah turut menyatakan kelebihan Halal dalam industri. Kursus tersebut tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali