Klik Dengan Bijak (Pengantunan Dalam Talian) & Kuiz Isra’ Mi’raj

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Pengantunan Dalam Talian) dan Kuiz Isra’ Mi’raj ini diadakan pada hari Sabtu 18 Februari 2023. Aktiviti tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan kepada pengguna mengenai pengantunan dalam talian untuk kanak-kanak dan mempelajari dan memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Aktiviti yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama satu jam setengah bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud pengantunan dalam talian, ciri-ciri pengantunan dalam talian dan cara mencegah pengantunan dalam talian dari berlaku. Setelah itu, tayangan video Isra’ dan Mi’raj ditayangkan sebelum semua pelajar menjawab kuiz melalui aplikasi Kahoot. Semua pelajar berasa teruja dapat mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai peristiwa Isra’ Miraj. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali