Kelas Asas Shopee (Seller Centre)

18 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Shopee (Seller Centre) diadakan pada hari Jumaat, 17 Februari 2023. Kelas Asas Shopee ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan tentang cara mendaftar akaun Shopee untuk perniagaan, membuat tetapan pada kedai Shopee, tetapan pada penghantaran, kemas kini maklumat bank, memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee dan cara pengeposan produk perniagaan.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 2 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang disertai oleh 2 orang usahawan setempat. Kelas tersebut merupakan kerjasama bersama Rakan Digital PEDi Kg Pandan. Dalam kelas berikut, staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara mendaftar akaun Shopee untuk tujuan perniagaan. Usahawan juga turut dibimbing untuk mengemaskini tetapan penghantaran yang merangkumi alamat penjual. Kemudian, staf PEDi turut membimbing usahawan untuk membuat variasi produk jualan dan cara memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee. Usahawan turut dibimbing tentang cara untuk memohon program Shopee Free Shipping bagi menarik minat pembeli untuk membeli. Pada akhir kelas tersebut, staf PEDi turut membimbing tentang cara memuat turun waybill daripada Shopee. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali