Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 8 Mac 2023 sehingga 13 Mac 2023. Kuiz tersebut bertujuan untuk memperkenalkan dengan pengguna tentang fungsi Pusat Ekonomi Digital dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai advokasi Klik Dengan Bijak.

Kuiz advokasi yang berlangsung secara atas talian menerusi platform Google Forms dan telah dijawab oleh seramai 9 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 20 tahun sehingga 52 tahun. Terdapat 15 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber, Check Your Label, penipuan kewangan, E-waste dan pengetahuan mengenai keselamatan internet. Enam peserta berjaya mendapat markah penuh untuk kuiz tersebut. PEDi Kg Pandan berharap pengguna dapat mempelajari dan menambah pengetahuan tentang kepentingan Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali