Kelas Keusahawanan - Logo & Stiker Perniagaan
14 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan iaitu logo dan stiker perniagaan ini diadakan pada hari Jumaat, 13 Januari 2023. Kelas ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan dalam menghasilkan logo dan stiker perniagaan sendiri menggunakan aplikasi Canva. Kelas tersebut telah dikendalikan bersama dengan Rakan Digital PEDi Kg Pandan.
Kelas Keusahawanan yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 2 jam ini bermula dari pukul 9.00 pagi disertai oleh 2 orang usahawan komuniti setempat. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara memilih logo templat yang terdapat dalam aplikasi canva. Usahawan turut dibimbing dalam mengedit gambar dan fon tulisan yang terdapat pada logo templat mengikut kreativiti usahawan dan juga kesesuaian produk jualan. Selain itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk mencetak stiker produk jualan mengikut saiz yang bersesuaian dengan produk jualan. Kelas usahawan yang seterusnya akan menyusul dengan mensasarkan lebih banyak usahawan komuniti setempat menyertai kelas yang dianjurkan. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: