Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
11 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniKuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 8 Januari 2023 sehingga 10 Januari 2023. Kuiz tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai advokasi klik dengan bijak.
Kuiz advokasi berlangsung secara atas talian menerusi platform Google Forms dan telah dijawab oleh seramai 6 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 19 tahun sehingga 31 tahun. Terdapat 10 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber, phising dan pengetahuan mengenai keselamatan internet. Lima daripada enam peserta berjaya mendapat markah penuh dalam kuiz yang berlangsung tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: