Aktiviti Kemerdekaan; Word Search Merdeka & Merdeka Online Coloring

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Besempena dengan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba, PEDi Kg Pandan telah mengadakan aktiviti kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan iaitu aktiviti Word Search Merdeka dan Merdeka Online Coloring. Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu 13 Ogos 2022. Aktiviti kemerdekaan ini diadakan untuk menguji pengetahuan pengguna tentang kemerdekaan di samping turut memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pengguna. Aktiviti yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan dan ruang server selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi disertai oleh 13 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar terdiri daripada murid Tahap 1 dan Tahap 2. Untuk aktiviti tersebut, para pelajar dibahagikan kepada dua kategori.

Pelajar Tahap 1 mengikuti aktiviti Merdeka Online Coloring di mana mereka perlu mewarna bendera Jalur Gemilang secara atas talian. Seorang staf PEDi membimbing dan membantu pelajar dalam memilih warna dan teknik mewarna yang betul. Sementara itu, para pelajar Tahap 2 melengkapkn aktiviti Merdeka Word Search yang merangkumi Tema Kemerdekaan. Aktiviti Word Search membolehkan para pelajar untuk bersaing dalam mencari perkataan yang terdapat dalam permainan bagi membolehkan mereka bergelar sebagai pemenang. Semua peserta berasa gembira dan bersemangat untuk menyiapkan aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali