Kelas E-Learning (Bahasa Melayu) & Advokasi KDB (Online Scam)
11 September 2022 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning (Bahasa Melayu) ini diadakan pada hari Sabtu, 10 September 2022. Kelas E-Learning tersebut diadakan bagi membimbing murid-murid sekolah rendah dalam subjek Bahasa Melayu. Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 10.00 pagi disertai oleh 5 orang pelajar Sekolah Rendah yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6. Staf PEDi membimbing murid tentang cara menjawab soalan Simpulan Bahasa melalui aplikasi kuiz secara langsung atas talian iaitu aplikasi Wordwall.
Satf PEDi turut membimbing murid memasukkan kod kuiz dan nama sebelum menjawab kuiz. Wordwall merupakan salah satu medium E-Learning yang interaktif dan menarik bagi murid untuk lebih memahami sesuatu subjek dan sepanjang menjawab kuiz murid dapat melihat pergerakan markah peserta pada papan markah secara langsung. Semua murid berasa teruja apabila berjaya memintas markah rakan yang lain. Dalam kelas tersebut juga, murid dibimbing dan berbincang tentang cara menjawab soalan yang dikemukakan secara pantas dan tepat sebelum masa untuk menjawab tamat. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.
Setelah selesai kelas E-Learning (Bahasa Melayu), murid dan staf mengadakan advokasi Klik Dengan Bijak dengan tajuk Online Scam. Advokasi kali ini memfokuskan tentang penipuan yang berlaku secara atas talian seperti “macau scam”, “love scam” dan juga penipuan perbankan. Para pengguna dipertontonkan dengan video Klik Dengan Bijak yang terdapat dalam laman Youtube. Advokasi yang berlangsung selama 30 minit itu tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: