Kelas ICT-Typing

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT – Typing ini diadakan pada hari Sabtu 20 Ogos 2022. Kelas ICT tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi papan kekunci dan membimbing pengguna terutamanya murid-murid sekolah rendah tentang cara menaip mengikut paparan ayat yang disertakan. Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 10.30 pagi disertai oleh 7 orang pelajar Sekolah Rendah yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6.

Staf PEDi menjelaskan kepada para pelajar tentang turutan huruf pada papan kekunci, kedudukan nombor dan sebagainya yang terdapat pada papan kekunci. Para pelajar kemudian mencuba menaip satu ayat panjang yang dipaparkan pada skrin. Staf PEDi seterusnya membimbing para pelajar untuk mengakses satu lawan web “10FastFingers” iaitu laman web yang membantu pengguna untuk berlatih menaip dengan tepat dan pantas. Semua pelajar berasa teruja apabila mereka berjaya menaip dengan pantas teks perkataan yang dipaparkan. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali