Kelas E-Learning (Matematik)
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning (Matematik) ini diadakan pada hari Sabtu, 15 Oktober 2022. Kelas E-Learning tersebut diadakan bagi membimbing murid-murid sekolah rendah dalam subjek Matematik. Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 10.00 pagi disertai oleh 7 orang pelajar Sekolah Rendah yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Topik masa dan waktu menjadi topik pilihan untuk subjek Matematik. Staf PEDi membimbing para pelajar tentang cara membaca jam dengan betul dan tepat.
Para pelajar turut dibimbing dalam operasi menukarkan unit masa mengikut kehendak soalan. Staf PEDi turut menjelaskan tentang cara menjawab soalan melalui aplikasi kuiz secara langsung atas talian iaitu aplikasi Wordwall dan Kahoot. Staf PEDi turut membimbing murid memasukkan kod kuiz dan nama sebelum menjawab kuiz. Wordwall dan Kahoot merupakan salah satu medium E-Learning yang interaktif dan menarik bagi murid untuk lebih memahami sesuatu subjek dan sepanjang menjawab kuiz murid dapat melihat pergerakan markah peserta pada papan markah secara langsung. Semua murid berasa teruja apabila berjaya memintas markah rakan yang lain. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: