Kelas Asas Shopee (Kemaskini Maklumat Bank)

7 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Shopee (Kemaskini Maklumat Bank) diadakan pada hari Rabu, 6 Julai 2022. Kelas ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan tentang cara mengemaskini maklumat bank dan cara membuat nombor pin keselamatan bagi penjual dalam platform Shopee. Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam 15 minit ini bermula dari pukul 3.15 petang disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut, staf PEDi dan turut bekerjasama dengan rakan digital PEDi Kg Pandan memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara mengemaskini maklumat bank penjual untuk tujuan pembayaran dalam platform Shopee. Selain itu, rakan digital PEDi turut membimbing usahawan untuk membuat nombor pin keselamatan penjual. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali