Advokasi Klik Dengan Bijak & Kuiz KDB

16 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari Sabtu, 15 Oktober 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna tentang Klik Dengan Bijak (KDB), program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Advokasi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.30 pagi ini disertai oleh 7 orang pelajar Sekolah Rendah.

Pelajar dijelaskan mengenai beberapa tajuk KDB yang terdiri daripada penipuan kewangan, buli siber, penyebaran berita palsu dan ketagihan internet membendung masalah penyalahgunaan internet dan media sosial. Setelah mendengar penerangan dan penjelasan dari staf PEDi, pelajar seterusnya menjawab 20 soalan kuiz yang terdapat dalam aplikasi Kahoot berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Semua pelajar berasa teruja berhasil menjawab soalan dengan betul. Advokasi tersebut tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali