Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak

8 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 7 Mac 2022 sehingga 9 Mac 2022. Kuiz tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai penyebaran maklumat palsu, buli siber di media sosial dan terlebih kongsi yang turut berlaku di media sosial. Kuiz advokasi tersebut berlangsung secara atas talian menerusi platform Quizizz dan telah dijawab oleh seramai 5 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 24 tahun sehingga 30 tahun. Terdapat 11 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber, terlebih kongsi maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan internet. Setiap soalan mempunyai markah dan peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan sagu hati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali