Advokasi Klik Dengan Bijak (Pengantunan Dalam Talian)

10 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Pengantunan Dalam Talian) ini diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan kepada pengguna mengenai pengantunan dalam talian dan cara mencegah menjadi mangsa pengantunan terutamanya golongan kanak-kanak. Advokasi yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 11.30 pagi ini disertai oleh 10 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud pengantunan dalam talian oleh staf PEDi. Kemudian, staf PEDi menerangkan tentang ciri-ciri pengantunan dalam talian dan cara mencegah pengantunan dalam talian dari berlaku seperti memberitahu ibu bapa, melaporkan kepada guru dan membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa pengantunan dalam talian. Advokasi tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali