Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

9 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 7 Januari 2022 sehingga 8 Januari 2022. Kuiz tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai penyebaran maklumat palsu dan juga buli siber di media sosial dan internet. Kuiz advokasi berlangsung secara atas talian menerusi platform Quizizz dan telah dijawab oleh seramai 19 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 19 tahun sehingga 30 tahun. Terdapat 10 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber dan pengetahuan mengenai keselamatan internet. Setiap soalan mempunyai markah dan peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan sagu hati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali