Advokasi Klik Dengan Bijak (Ketagihan Internet)

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Ketagihan Internet) ini diadakan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan kesan ketagihan internet terhadap individu dan cara mencegah ketagihan internet dalam kalangan pengguna terutamanya para pelajar. Advokasi yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 11.30 pagi ini disertai oleh tujuh orang pelajar sekolah.

Advokasi dimulai dengan sesi soal jawab tentang maksud konteks ketagihan internet antara staf PEDi dan para pelajar. Staf PEDi kemudian meminta pelajar untuk menyenaraikan contoh perbuatan yang menjurus kepada ketagihan internet. Staf PEDi turut menjelaskan tentang bahayanya ketagihan internet kepada fungsi otak terutamanya untuk orang muda. Seterusnya, staf PEDi menerangkan tentang cara-cara penjegahan yang dapat diambil bagi mencegah menjadi individu yang ketagihan internet antaranya ialah menghadkan masa penggunaan telefon bimbit, menutup telefon ketika bersama rakan dan keluarga dan sebagainya. Advokasi tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali