Program Ceramah Keselamatan Kebakaran & Demonstrasi Alat Pemadam Api

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

Program yang berlangsung pada Sabtu, 17 September merupakan program kerjasama antara PEDi Kluster Lundu yang terdiri daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Biawak, PEDi Kg Tanah Hitam, PEDi Kg Stungkor Baru, PEDi Kg Sampadi dan PEDi Lundu bersama dengan Jabatan Bomba Daerah Lundu. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah disertai oleh seramai 10 orang staf PEDi dan 8 pegawai bomba. Program tersebut dimulai dengan ceramah kesalamatan kebakaran yang disampaikan oleh Encik Henry yang merupakan seorang pegawai bomba.

Dalam ceramah tersebut, beliau menjelaskan tentang contoh-contoh alat pemadam api beserta fungsi masing-masing dan tips mengawal kebakaran daripada berlaku. Encik Henry turut menjelaskan tentang kepentingan mempunyai plan keselamatan bangunan yang tepat sekiranya terjadi kebakaran dalam sesuatu bangunan. Beliau turut menyentuh serba sedikit tentang tips sekiranya terperangkap dalam kebakaran. Setelah selesai ceramah, pihak bomba seterusnya menunjukkan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang dijalankan di kawasan lapang sekitar PEDi Kg Pandan. Setiap staf diberi peluang untuk mencuba menggunakan alat pemadam api sepanjang demonstrasi tersebut. Program tamat pada pukul 12:30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali