Kelas Membuat Facebook Page Usahawan Kraftangan

25 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas membuat Facebook Page Usahawan Kraftangan ini diadakan pada hari Sabtu, 24 April 2022. Kelas ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan kraftangan tempatan iaitu Puan Lisma dalam membuat Facebook Page yang akan digunakan untuk tujuan perniagaan kraftangan beliau. Kelas membuat Facebook Page yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kg Pandan, selama 1 jam ini bermula dari pukul 11.00 pagi disertai oleh 1 orang dewasa.

Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan iaitu Puan Lisma tentang cara membuka tetapan Facebook Page. Staf PEDi turut membimbing dalam mengisi nama page, kategori Facebook Page dan juga deskripsi Facebook page tersebut. Usahawan turut diberi tunjuk ajar dalam menghasilkan logo untuk Facebook Page perniagaannya sebelum dimuatnaik sebagai gambar profil bagi page beliau. Selain itu, staf PEDi turut membantu usahawan dalam menghasilkan cover foto yang menarik untuk dimuatnaik ke Facebook Page perniagaan beliau. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali