Kelas E-Learning (Sains)

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Sains) ini diadakan pada hari Sabtu 16 Julai 2022. Kelas E_Learning tersebut diadakan bagi membimbing murid-murid sekolah rendah dalam subjek Sains. Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 10.00 pagi disertai oleh 8 orang pelajar Sekolah Rendah yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5. Staf PEDi memberi penerangan berkaitan dengan satu tajuk yang terdapat dalam silibus sekolah rendah iaitu tajuk Haiwan dengan menggunakan aplikasi onlineflip.my.

Kemudian, murid dibimbing tentang cara mengakses aplikasi kuiz secara langsung atas talian iaitu aplikasi Kahoot. Satf PEDi membimbing murid memasukkan kod kuiz dan nama sebelum menjawab kuiz. Kahoot merupakan salah satu medium E-Learning yang interaktif dan menarik bagi murid untuk lebih memahami sesuatu subjek dan sepanjang menjawab kuiz murid dapat melihat pergerakan markah peserta pada papan markah secara langsung. Semua murid berasa teruja apabila berjaya memintas markah rakan yang lain. Dalam kelas tersebut juga, murid dibimbing dan berbincang tentang cara menjawab soalan yang dikemukakan secara pantas dan tepat sebelum masa untuk menjawab tamat. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali