Advokasi Klik Dengan Bijak & Kuiz KDB (Buli Siber)

3 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber) ini diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai ciri-ciri buli siber, cara mengesan pembuli siber, tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa buli siber dan cara mencegah buli siber dalam dunia siber. Advokasi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 6 orang pelajar Sekolah Rendah.

Pelajar dijelaskan mengenai maksud buli siber, ciri-ciri buli siber, kesan buli siber terhadap mangsa buli dan cara mencegah buli siber dari berlaku. Staf PEDi turut menerangkan tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa buli siber seperti mengambil “screenshot” komen buli dari laman sosial, melaporkan kepada guru dan sekiranya buli berlanjutan hendaklah dilaporkan kepada pihak polis. Setelah mendengar penerangan dari staf PEDi, pelajar seterusnya menjawab 15 soalan kuiz yang terdapat dalam aplikasi Quizizz berkaitan buli siber. Seorang pelajar berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Advokasi tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali