Kelas ICT - Animasi Powerpoint

6 November 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Powerpoint diadakan pada hari Khamis, 5 November 2022. Kelas Animasi Powerpoint ini diadakan bagi mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara membuat animasi yang mudah dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Kelas Animasi Powerpoint yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 10.30 pagi, disertai oleh 7 orang murid sekolah rendah.

Kelas dimulai dengan menerangkan cara-cara untuk memilih dan memuat turun gambar animasi kartun dari enjin carian (Google Search). Staf PEDi kemudian membimbing pengguna untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam Powerpoint seperti cara membuang latar belakang gambar yang tidak diperlukan. Staf PEDi turut menunjukkan cara membuat animasi kartun bergerak dalam Powerpoint. Seterusnya, staf PEDi membimbing pengguna membuat animasi penuh dalam Powerpoint mengikut kreativiti masing-masing. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali