Tutorial Penghasilan Stiker Produk Perniagaan

8 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Tutorial penghasilan stiker produk atas talian ini dijalankan pada hari Isnin 7 Februari 2022. Kelas tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menghasilkan stiker produk perniagaan yang mudah dengan menggunakan logomakr.com secara atas talian untuk digunakan sebagai stiker produk jualan peniaga.

Tutorial tersebut dikongsikan oleh staf PEDi ke media sosial rasmi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan. Pengguna diterangkan secara ringkas mengenai aplikasi “logomakr”. Kemudian, pengguna diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan stiker produk mengikut jenis produk yang dipasarkan. Pengguna turut diberi tunjuk ajar cara mencari ikon, cara mengasilkan bentuk stiker mengikut kreativiti dan cara untuk memuat turun gambar stiker yang telah siap mengikut format yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali