Tutorial Animasi Menggunakan Aplikasi sketch.metademolab.com

9 April 2022 | Aktiviti Terkini

Tutorial animasi atas talian ini dijalankan pada hari Jumaat, 8 April 2022. Tutorial tersebut diadakan bagi berkongsi satu aplikasi yang menarik iaitu aplikasi sketch.metademolab dalam membuat animasi bergerak yang mudah berdasarkan gambar yang dimuatnaik ke platform tersebut.

Tutorial tersebut dikongsikan oleh staf PEDi ke media sosial rasmi Facebook dan Instagram Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan. Dalam tutorial tersebut, staf PEDi menunjukkan cara memuatnaik gambar karakter kartun ke dalam aplikasi tersebut. Staf PEDi turut menunjukkan cara untuk mengkrop gambar, memadam latar belakang gambar yang tidak diperlukan dan membuat segmentasi pada karakter yang terdapat dalam gambar tersebut. Setelah itu, staf PEDi turut berkongsi cara untuk memuat turun animasi yang telah siap untuk disimpan atau dikongsi melalui media Whatsapp dan Telegram.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali