Kelas E-Learning (Bahasa Inggeris)

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Sains) ini diadakan pada hari Sabtu 16 Julai 2022. Kelas E_Learning tersebut diadakan bertujuan untuk membimbing murid-murid sekolah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris.

Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi disertai oleh 7 orang pelajar Sekolah Rendah yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6. Staf PEDi membimbing para pelajar untuk memperkenalkan diri berdasarkan tips “The Five Ws” yang merupakan soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar kemudian dibimbing dalam menjawab permainan Word Scramble yang diadakan secara atas talian melalui Kahoot. Dalam permainan tersebut, pelajar perlu menyusun perkataan untuk membentuk suatu perkataan yang betul. Seterusnya, pelajar dibimbing dalam permainan Spelling Bee di mana para pelajar perlu mengeja dengan betul berdasarkan gambar yang diberikan dan pelajar yang memperolehi markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali