Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce /Shopee)
7 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) diadakan pada hari Ahad, 6 Februari 2022. Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) ini diadakan bagi memberi bimbingan kepada usahawan tempatan dan meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan akaun shopee.
Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) yang berlangsung secara atas talian menerusi Google Meet tersebut berlangsung selama 1 jam 15 minit bermula dari pukul 3.00 petang, disertai oleh 1 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menerangkan cara – cara mengemaskini akaun bank di Shopee akaun bagi tujuan transaksi pembelian. Staf PEDi kemudian memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee dan cara untuk mengkongsikan link akaun shopee kepada orang ramai. Kelas tamat pada pukul 4.15 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: