Kelas Laman Web (Aplikasi Quizizz)

4 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web aplikasi Quizizz ini diadakan pada hari Ahad 3 Julai 2022. Kelas Laman Web aplikasi Quizizz tersebut diadakan bagi mendedahkan dan membimbing pengguna terutamanya murid sekolah tentang cara mengakses aplikasi Quizizz.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 10.30 pagi disertai oleh 6 orang pelajar Sekolah Rendah. Pengguna dibimbing tentang cara mengakses aplikasi Quizizz dengan memasukkan nama dan kod sebelum menjawab kuiz. Aplikasi Quizizz merupakan suatu aplikasi interaktif di mana para pengguna bermain permainan kuiz secara live atas talian di mana pengguna dapat melihat pergerakan markah peserta pada papan markah secara langsung. Aplikasi ini juga merupakan aplikasi yang sangat membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu subjek dengan kaedah yang lebih menarik berbanding dengan hanya cara membaca dan merujuk buku. Dalam kelas tersebut, pengguna dibimbing tentang cara menjawab soalan yang dikemukakan secara pantas dan tepat sebelum masa untuk menjawab tamat. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali