Advokasi Klik Dengan Bijak & Kuiz KDB (Berita Palsu)

4 September 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari Sabtu, 3 September 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai ciri-ciriberita palsu, cara menentusahkan berita, dan cara mencegah berlakunya penyebaran berita palsu secara atas talian.

Advokasi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 5 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud berita palsu, ciri-ciri berita palsu, kesan penyebaran berita palsu terhadap seseorang individu dan cara mencegah penyebaran berita palsu dengan menyemak kesahihan berita di laman web Sebenarnya.my. Staf PEDi turut menerangkan tentang kesan penyebaran berita palsu. Setelah mendengar penerangan dari staf PEDi, pelajar seterusnya menjawab 10 soalan kuiz yang terdapat dalam aplikasi Kahoot berkaitan berita palsu. Seorang pelajar berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Advokasi tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali