Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber) ini diadakan pada hari Sabtu 4 Jun 2022. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai ciri-ciri buli siber, kesan buli siber terhadap mangsa buli dan cara mencegah buli siber dalam dunia siber.

Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 11.30 pagi disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud buli siber, ciri-ciri buli siber berdasarkan tontonan video dari Youtube, kesan buli siber terhadap mangsa buli dan cara mencegah dan mengelakkan buli siber dari berlaku terhadap pengguna. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali