Advokasi Klik Dengan Bijak (Oversharing)

30 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Oversharing) ini diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2022. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan kesan “oversharing “ atau terlebih kongsi maklumat di laman sosial.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Kelas dimulai dengan staff PEDi menunjukkan video yang terdapat dalam Youtube berkaitan “oversharing”. Pengguna dijelaskan mengenai kesan-kesan buruk terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial seperti pengguna akan lebih terdedah dengan isu keselamatan dan privasi data peribadi pengguna. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali